Thursday, 28 February 2013

Kata-kata Samy Vellu yang menjadikan beliau diingati !!!

Dato' Seri Samy Vellu atau nama sebenar beliau Samy Vellu Sangalimuthu adalah seorang ahli politik dari Malaysia. Lahir pada 8 Mac 1936, kini berusia 77 tahun. Beliau berpolitik dibawah parti MIC (Malaysian Indian Congress) iaitu sebuah parti komponen kerajaan Barisan Nasional dan menjadi presiden parti politik tersebut selama 31 tahun iaitu dari 1979 - 2010. Di Malaysia, beliau terkenal dengan kata-kata yang agak lucu. Mungkin oleh kerana beliau kurang fasih berbahasa Melayu menyebabkan kata-kata yang keluar dari mulut beliau menjadi lucu. Berikut adalah antara kata-kata beliau yang menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia.



1. Mengenai perkhidmatan Pos Laju, "Besok kirim, hari ni juga sampai".

2. Di dalam TV mengenai perasaan beliau yang malu, "Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangatlah besar"

3. Semasa beliau berceramah, "Kita akan bina satu jambatan wuntuk (untuk) worang-worang (orang) kampung disini". Kemudian seorang pakcik bertanya, "Dato' sini takda sungai, buat apa bina jambatan?". Kemudian Samy Vellu menjawab, "Kalau takda sungai, kita bina sungai".

4. Mengenai harga tol, "Tol naik sikit, banyak marah saya. You worang (orang) ingat semua ini tol saya punya bapak punya kah?".

5. Ketika krisis air, "Semua worang (orang) diminta jangan membuang air".

6. Mengenai Masalah sosial, "Worang-worang (orang) muda sekarang banyak suka hisap dade (dadah)".

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput, Perak, "Marilah kita semua menderma dare (darah)".

8. Mengucapkan selamat datang di majlis beliau, "Selamat datang saudara-mara semua" (sepatutnya saudara-saudari).

9. Memperkatakan mengenai isu Al-Arqam ketika isu tersebut hangat diperkatakan, "Saya gumbira (gembira) apabila didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Al-Arqam".

10. Di suatu majlis pembukaan perasmian bangunan baru, "Dipersilakan Tan Sri Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk (untuk) membuka kain" (sepatutnya membukan kain rentang perasmian).

11. Di suatu majlis sidang akhbar, "Kita akan bina roket pigi (pergi) matahari". Seorang wartawan bertanya, "Tapi Dato', matahari terlalu panas untuk didekati". Samy Vellu menjawab, "Itu takda masalah, kita hantar waktu malam".         

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...