China, sebuah negara yang boleh dikatakan yang terbesar di benua Asia dan mempunyai pendudukan paling ramai di dunia. Negara China mempunyai sejarah dinasti maharaja yang panjang sebelum sejarah dinasti itu tamat pada 1911. Penduduk China pada masa ini dianggarkan berjumlah hampir 1.3 billion. Kedudukan negara China seperti terletak di tengah-tengah sub-benua Asia Timur, berkongsi sempadan dengan Kazakhstan, Rusia dan Mongolia di utara, berkongsi sempadan dengan Vietnam, Laos, Myanmar, India, Bhutan dan Nepal di selatan, berkongsi sempadan dengan Korea Utara di timur, berkongsi sempadan dengan Kyrgyzstan, Tajikistan dan Pakistan di barat dan berkongsi sempadan laut dengan Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan. Itu jelas menunjukkan bahawa keluasan negara China itu sendiri. Pada hari ini, terdapat 4 rekaan terhebat China yang telah digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. 4 rekaan tersebut termasuklah kertas (paper), serbuk peletup (gun powder), percetakan (printing) dan kompas (compass).
No comments:
Post a Comment