Lalaki yang diiktiraf oleh Guinnes World Records sebagai lelaki paling tua di dunia telah meninggal dunia pada usia 116 tahun 54 hari. Beliau dilahirkan pada 19 April 1897 dan meninggal dunia pada 12 Jun 2013. Beliau berasal dari Kyoto pernah bekerja di pejabat pos selama 40 tahun dan selepas beliau bersara, beliau terus bekerja di ladang sehinggalah beliau berusia 90 tahun.
Ketika meninggal dunia, beliau meninggalkan 7 orang anak, 14 orang cucu, 25 orang cicit dan 14 orang piut. Untuk rekod, beliau diiktiraf sebagai manusia paling tua di dunia, manusia tertua di Jepun dan manusia pertama mencecah usia 116 tahun.
No comments:
Post a Comment