Sunday, 5 February 2017

Hollywood celebrities : Famous Celebrities with Famous Parents


The following Hollywood celebrities are those who have famous parent as well. So here are the lists and enjoy:

1) Paige Howard (Parent-Ron Howard)


2) Robert Carradine (Parent-Ron Carradine)

 Ron Carradine

Robert Carradine

3) Kelsey Grammer (Parent-Spencer Grammer)


4) Francesca Ruth Eastwood (Parent-Clint Eastwood)


5) Frank Dillane (Parent-Stephan Dillane)


6) Chynna Phillips (Parent-Michelle Phillips)


7) Lily-Rose Depp (Parent-Johnny Depp)


8) Patrick Schwarzenegger (Parent-Arnold Schwarzenegger)


9) Sage Stallone (Parent-Sylvester Stallone)


10) Patrick Wayne (Parent-John Wayne)


Sources : www.celebrities.prettyfamous.com

Saturday, 4 February 2017

Battle of the Oranges


'Battle of the Oranges' merupakan satu festival tahunan yang diadakan di sebuah bandar yang terletak di bahagian utara Itali, Ivrea. Festival tahunan ini akan diadakan pada bulan Februari setiap tahun. Pada bulan Februari setiap tahun, festival ini diadakan pada hari tradisional festival iaitu Ahad, Isnin dan Selasa. Festival ini berakhir pada hari selasa terakhir bulan Februari. Diakhir festival ini, seorang general akan mengucapkan selamat tinggal kepada semua. Dan ucapan itu akan disertakan dengan satu frasa klasik Itali yang berbunyi 'arvedse a giobia a 'n bot' (maksud Inggeris-we'll see each other on Thursday at one). Frasa klasik itu merujuk kepada hari Khamis pada Februari tahun hadapan sebagai persediaan festival ini pada tahun seterusnya.  

Festival ni lebih kurang macam festival 'La Tomatina' yang pernah blog ni ceritakan dulu. Cumanya, La Tomatina tu diadakan di Sepanyol, Battle of the Oranges ni di Itali. 

Dari segi sejarah festival ni, penceritaan dari generasi terdahulu yang tinggal di bandar Ivrea agak tidak jelas. Namun, sumber sejarah paling jelas mengatakan bahawa festival ini diadakan kerana faktor untuk memperingati penentangan penduduk bandar Ivrea terhadap salah seorang ahli keluarga Ranieri, keluarga yang pernah memerintah bandar ini. Salah seorang ahli keluarga tersebut pernah cuba merogol seorang gadis dari keluarga orang biasa pada petang hari sebelum hari perkahwinan gadis tersebut. Ahli keluarga Ranieri tersebut mengatakan bahawa itu adalah driot du seigneur (perlakuan mengadakan hubungan seksual golongan pemerintah terhadap rakyat biasa).

Namun, rancangan untuk merogol gadis oleh ahli keluarga Ranieri itu gagal dan memakan diri apabila rancangannya diketahui rakyat biasa lalu rakyat telah menyerbu istana beliau dan membakar istananya. 

Festival ini melibatkan beribu-ribu penduduk bandar Ivrea dan mereka dipecahkan kepada sembilan pasukan yang bersedia untuk berlawan dan akan membaling buah oren antara satu pasukan kepada pasukan lain. Seorang gadis akan dipilih sebagai Violetta, iaitu gadis yang hampir dirogol oleh ahli keluarga Ranieri tersebut.

Sembilan pasukan yang terlibat adalah:

1. Aranceri Asso di Picche (Ace of Spades) : Berjersi merah dan biru dengan skaf hitan dileher. Simbol mereka ialah lambang spade daun terup.

2. Aranceri Della Morte (Death Aranceri) : Berjersi hitam dan seluar merah. Simbol mereka ialah tengkorak putih.

3. Aranceri Tuchini del Borghetto (Revolutionaries of Borough) : Berjersi hijau dan seluar merah. Simbol mereka ialah Gagak hitam berlatarbelakangkan warna putih.

4. Aranceri Degli Scacchi (The Chess) : Berjersi hitam putih seperti petak chess. Simbol mereka ialah menara oren.

5. Aranceri Pantera Nera (Black Panther ) : Berjersi hitam. Simbol mereka ialah harimau kumbang hitan berlatarbelakangkan warna kuning.

6. Aranceri Scorpioni d'Arduino (Arduino's Scorpions) : Berjersi kuning dan seluar hijau. Simbol mereka ialah kala jengking hitam.

7.  Aranceri Diavoli (The Devils) : Berjersi merah dan kuning. Simbol mereka ialah syaitan merah.

8. Aranceri Mercenari (The Mercenaries) : Berjersi merah tua dan seluar kuning. Simbol mereka ialah bintang kuning dan pedang berwarna merah tua.

9. Aranceri Credenari (The Creedence) : Berjersi biru dan seluar kuning. Simbol mereka ialah istana creedence dan logo bandar.








Sumber : www.wikipedia.org
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...