Sebuah firma pembinaan SM Group akan menghadiahkan sebuah apartment kepada keluarga Yang Hak-Seon, pemenang pingat emas untuk acara gimnastik di temasya sukan Olimpik London baru-baru ini. Keluarga Hak-Seon yang kini hidup dalam kedaifan tinggal di sebuah rumah kaca yang diubahsuai menjadi kediaman di bandar Gongeum. Bapa atlet itu tidak bekerja kerana mengalami kecederaan serius yang menyebabkannya tidak boleh bekerja. Manakala ibunya pula menderita sakit belakang, juga tidak mampu bekerja. Dengan pendapatan seorang atlet sukan, Hak-Seon membahagikan pendapatannya kepada ibu bapanya sebanyak USD 710 (RM 2205) sebulan untuk meringankan beban mereka. Mungkin kisah kegigihan atlet Korea Selatan ini untuk memenangi emas dan membantu keluarganya boleh dijadikan iktibar kepada atlet Malaysia yang masih belum pernah memenangi emas selama 56 tahun menyertai sukan Olympic.
Ibu Bapa Hak-Seon bersama rumah mereka yang daif.
Bersama pingat emas yang dimenangi.
Aksi beliau di sukan Olympic London 2012.
No comments:
Post a Comment