Mengelilingi dunia dengan hanya berjalan kaki bukan sesuatu yang mustahil. Kerana hal ini telah dibuktikan oleh seorang lelaki Jepun, Masahito Yoshida, 32 tahun yang berjaya berjalan kaki sejauh 40 000 km untuk mengelilingi 4 benua di dunia ini iaitu Asia, Eropah, Amerika Utara dan Oceania. Beliau mengambil masa selama 4 tahun untuk melengkapkan perjalanan beliau dari tahun 2009 - 2013. Tujuan beliau berjalan kaki mengelilingi dunia ini hanyalah satu, iaitu untuk melihat keajaiban dunia.
Ekspidisi perjalan beliau dimulakan di Shanghai, China ke Cape Roca, Portugal melalui Asia Tengah dan Eropah iaitu sejauh lebih kurang 16 000 km. Kemudian beliau menaiki kapal terbang untuk ke Amerika dan menyambung perjalanan beliau di sana bermula dari Atlantic City ke New Jersey dan mengakhiri perjalanan beliau di Amerika Utara di Vancouver, Kanada iaitu sejauh 6000 km. Seterusnya beliau menaiki kapal terbang untuk ke Australia dan perjalanan beliau disambung lagi di benua Oceania untuk berjalan mengelilingi seluruh pelusuk Australia yang bermula dari Darwin. Dan untuk pusingan yang terakhir perjalanan beliau, beliau menaiki kapal terbang untuk ke Singapura dan memulakan perjalanan terakhir beliau dari Singapura untuk terus berjalan kaki dan kembali semula ke Shanghai, China, iaitu tempat di mana beliau memulakan ekspidisi perjalanan ini.