Pasangan warga emas Ron Everest dan Eilen Campbell yang meraikan usia perkahwinan mereka yang berusia 70 tahun, tahun ini berkongsi keunikan perkahwinan mereka apabila cinta mereka sudah berputik ketika berusia 4 tahun lagi! Seolah-olah ditakdirkan bersama, kedua-dua mereka yang berusia 91 tahun menceritakan bahawa mereka lahir pada tahun 1922 di unit hospital yang sama iaitu Hospital Bersalin Tentera Laut, Gillingham, Kent, England.
Bercerita mengenai kisah cinta mereka yang berputik di usia 4 tahun, ketika itu di sebuah karnival di Gillingham sekitar tahun 1926, mereka berdua telah dipakaikan pakaian pengantin untuk diambil gambar bersama. Ini kerana, ayah mereka berdua adalah sahabat dan kedua-duanya adalah tentera United Kingdom yang bersama-sana berperang semasa Perang Dunia Pertama. Seterusnya, mereka berdua terus rapat dan akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin pada 7 Jun 1943.
No comments:
Post a Comment