Huang Chuncai, lelaki berusia 37 tahun atau lebih dikenali sebagai 'Lelaki Gajah' kerana menderita penyakit neurofibromatosis atau ketumbuhan di muka yang menyebabkan wajahnya kelihatan seperti seekor gajah. Ketumbuhan di mukanya itu seberat 15 kilogram menyebabkan beliau agak susah untuk melakukan aktiviti seharian.
Beberapa hari yang lalu, beliau telah menjalani pembedahan pembuangan ketumbuhan tersebut yang dilakukan di sebuah hospital di Guangzhou, China. Mengikut catatan rekod penyakit ini di seluruh dunia, ketumbuhan yang dihidapi oleh Huang ini adalah yang paling teruk sekali pernah dicatatkan. Pembedahan tersebut berjaya, namun beliau perlu menjalani sebanyak dua kali lagi pembedahan untuk mengawal penyakitnya itu. Penyakit seperti ini biasanya diwarisi dari keturunan dan sesetengah individu menghidapinya disebabkan oleh mutasi gen sebelum mereka dilahirkan.
Akibat dari menanggung beban seberat 15 kilogram dikepala, tulang belakng Huang cacat, mengganggu proses tumbesaran diri dan beliau sentiasa merasa sakit. Penyakit beliau ini mula disedari ketika berusia empat tahun dan ianya menjadi semakin besar apabila usianya semakin dewasa. Hal ini juga menyebabkan beliau berhenti sekolah ketika berusia 10 tahun kerana wajahnya yang aneh itu. Ketika berusia 25 tahun, Huang kehilangan semua giginya yang tercabut dan ini menyebabkan beliau sukar untuk berkomunikasi dan menghadapi masalah untuk menghadam makanan.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment