Monday, 16 June 2014

FIFA World Cup 2014 - Perlawanan tumpuan Sepanyol vs Belanda


Robin Van Persie-man of the match-the real flying dutchman 

Keputusan paling mengejutkan untuk edisi piala dunia pada kali ini. Juara bertahan edisi 2010, Sepanyol tewas dengan jaringan yang besar kepada Belanda, 1-5. Jaringan-jaringan telah dilakukan oleh Xabi Alonso pada minit ke-27 untuk Sepanyol dijaringkan oleh Van Persie pada minit ke-44 dan 72, Arjen Robben pada minit ke-53 dan 80, dan De Vrij pada minit ke-65. Man of the match untuk perlawanan ini adalah Robin Van Persie

Tapi, Sepanyol masih berpeluang untuk mara ke pering seterusnya kerana perlawanan masih berbakidua permainan lagi. Untuk rekod piala dunia, Perancis juara piala dunia edisi 1998 telah tewas semasa perlawanan pembukaan mereka pada piala dunia edisi 2002 di Korea/Jepun. Selepas melalui tiga perlawanan di peringkat kumpulan, Perancis tersingkir selepas hanya mampu mengumpulkan satu mata sahaja.

Sepanyol pasti bangkit untuk perlawanan seterusnya. VIVA LA ROJA !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...