Friday, 14 September 2012

Bendera Norway


Gambar di atas menunjukkan bendera untuk negara Norway. Merah, biru dan putih merupakan warna asas yang membentuk bendera negara tersebut. Namun sedarkah kita disebalik bendera Norway ini, ianya terselit 6 buah bendera negara lain juga iaitu Poland, Indonesia, Perancis, Finland, Netherlands dan Thailand. Lihat gambar di bawah heheheheh............. 


Lumrah semasa peperiksaan

Sesiapa sahaja yang pernah bergelar pelajar pastinya pernah melalui pengalaman menjawab peperiksaan. Di dalam dewan peperiksaan, bermacam-macam gelagat dapat dilihat yang dilakukan oleh setiap pelajar dalam usaha untuk mendapatkan idea untuk mengingati apa yang telah dipelajari. Gambar di bawah adalah salah satu gelagat yang paling kerap dilakukan hahahahha.................


iPhone

Pada 12 September 2012 yang lepas, syarikat gergasi multinasional Amerika iaitu Apple Inc. telah memperkenalkan telefon pintar terbaru keluaran mereka iaitu iPhone 5. Bagi penggemar-penggemar gadget pastinya tidak sabar untuk mencuba produk keluaran terbaru dari Apple Inc. Dengan bentuk yang sedikit panjang dan perisian yang lebih canggih dari keluaran terdahulu iaitu iPhone 4S, iPhone 5 pastinya akan memberikan kepuasan bagi sesiapa sahaja yang membelinya. Jika pada tahun 2012 iPhone 5 berjaya dihasilkan, namun dapatkah kita semua membayangkan bagaimanakah bentuk telefon pintar iPhone yang seterusnya? Mungkin gambar di bawah dapat menjawabnya hahahaha....


Friday, 24 August 2012

Cara paling mudah untuk menerangkan seks kepada kanak-kanak


Kepada ibu bapa-ibu bapa di luar sana yang pening memikirkan cara terbaik untuk menerangkan seks kepada anak kecil mereka, mungkin inilah cara paling mudah yang boleh digunakan.. 

Thursday, 9 August 2012

The NASA mohawk man jadi tumpuan

Beberapa hari yang lepas makmal NASA telah mendedahkan mengenai kejayaan misi pendaratan kenderaan robotik NASA yang bernama "curiosity" di Marikh. Sejak dari tersebarnya berita itu, seorang kakitangan NASA, Bobak Ferdowsi menjadi popular selepas gambar beliau yang berambut gaya mohawk menjadi tarikan. Gaya rambut mohawk beliau menjadi tarikan kedua selepas berita mengenai pendaratan curiosity di marikh. Bobak berkata "jika mohawk saya memperoleh lebih ramai orang teruja tentang sains dan misi ini, ia mengagumkan". Menurut beliau lagi, dia akan mengubah gaya rambutnya setisp kali NASA melancarkan misi ke angkasa lepas. Beliau sudah bekerja dengan NASA sejak 9 tahun yang lalu.    




 Kenderaan robotik NASA "curiosity"

Keluarga pemenang emas acara gimnastik sukan Olympic 2012 Korea Selatan akan dapat apartment

Sebuah firma pembinaan SM Group akan menghadiahkan sebuah apartment kepada keluarga Yang Hak-Seon, pemenang pingat emas untuk acara gimnastik di temasya sukan Olimpik London baru-baru ini. Keluarga Hak-Seon yang kini hidup dalam kedaifan tinggal di sebuah rumah kaca yang diubahsuai menjadi kediaman di bandar Gongeum. Bapa atlet itu tidak bekerja kerana mengalami kecederaan serius yang menyebabkannya tidak boleh bekerja. Manakala ibunya pula menderita sakit belakang, juga tidak mampu bekerja. Dengan pendapatan seorang atlet sukan, Hak-Seon membahagikan pendapatannya kepada ibu bapanya sebanyak USD 710 (RM 2205) sebulan untuk meringankan beban mereka. Mungkin kisah kegigihan atlet Korea Selatan ini untuk memenangi emas dan membantu keluarganya boleh dijadikan iktibar kepada atlet Malaysia yang masih belum pernah memenangi emas selama 56 tahun menyertai sukan Olympic.

Ibu Bapa Hak-Seon bersama rumah mereka yang daif.

Bersama pingat emas yang dimenangi.

Aksi beliau di sukan Olympic London 2012.


   

Wednesday, 25 July 2012

Witty conversations of today

Here are some of the witty conversations collection, so have a read and enjoy....







Source: www.funtoosh.com

Saturday, 21 July 2012

Fakta menarik mengenai Scotland

Berikut ialah fakta-fakta menarik mengenai Scotland

1) Skara Brae di Pulau Orkney ialah antara binaan Zaman Neolitik tertua di Eropah dan binaan yang paling tua di Britain. Binaan tersebut dikatakan wujud sejak 3100 sebelum masihi.


2) Pelabuhan kapal Aberdeen ialah pusat perniagaan terawal di Britain, dikatakan bermula sekitar 1136.

3) University St. Andrews yang mula beroperasi sejak 1413 ialah universiti tertua di Scotland dan ketiga tertua di Britain selepas Universiti Oxford dan Cambridge. University St. Andrews juga adalah universiti pertama di Britain yang menerima pelajar wanita pada tahun 1862.
   
 4) The Shore Porters Society yang diasaskan di Aberdeen pada tahun 1498 ialah syarikat kenderaan paling tua di dunia.

5) Bank of Scotland diasaskan pada tahun 1695 ialah bank yang paling berjaya bertahan (survive) di Britain. Ia juga adalah bank pertama di Eropah yang mencetak duit kertasnya sendiri dan masih mencetaknya lagi sehingga hari ini.

6) The Encyclopaedia Britannica ialah ensiklopedia yang tertua di dunia yang bertahan (survive) dan satu-satunya ensiklopedia yang paling berilmiah. Ianya telah diterbitkan pada 1768 dan 1771 di Edinburgh. 9 edisi terawal telah disunting di Scotland dan edisi seterusnya yang diterbitkan selepas 1901 telah disunting secara bersama-sama di London dan New York.

7) Edinburgh ialah satu-satunya bandar di dunia yang paling awal mempunyai pasukan bombanya sendiri, iaitu pada tahun 1824.

 8) Majalah Forbes diasaskan pada tahun 1917 di New York oleh seorang wartawan kelahiran Scotland iaitu Bertie Charles Forbes.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...