Saturday, 21 July 2012

Fakta menarik mengenai Scotland

Berikut ialah fakta-fakta menarik mengenai Scotland

1) Skara Brae di Pulau Orkney ialah antara binaan Zaman Neolitik tertua di Eropah dan binaan yang paling tua di Britain. Binaan tersebut dikatakan wujud sejak 3100 sebelum masihi.


2) Pelabuhan kapal Aberdeen ialah pusat perniagaan terawal di Britain, dikatakan bermula sekitar 1136.

3) University St. Andrews yang mula beroperasi sejak 1413 ialah universiti tertua di Scotland dan ketiga tertua di Britain selepas Universiti Oxford dan Cambridge. University St. Andrews juga adalah universiti pertama di Britain yang menerima pelajar wanita pada tahun 1862.
   
 4) The Shore Porters Society yang diasaskan di Aberdeen pada tahun 1498 ialah syarikat kenderaan paling tua di dunia.

5) Bank of Scotland diasaskan pada tahun 1695 ialah bank yang paling berjaya bertahan (survive) di Britain. Ia juga adalah bank pertama di Eropah yang mencetak duit kertasnya sendiri dan masih mencetaknya lagi sehingga hari ini.

6) The Encyclopaedia Britannica ialah ensiklopedia yang tertua di dunia yang bertahan (survive) dan satu-satunya ensiklopedia yang paling berilmiah. Ianya telah diterbitkan pada 1768 dan 1771 di Edinburgh. 9 edisi terawal telah disunting di Scotland dan edisi seterusnya yang diterbitkan selepas 1901 telah disunting secara bersama-sama di London dan New York.

7) Edinburgh ialah satu-satunya bandar di dunia yang paling awal mempunyai pasukan bombanya sendiri, iaitu pada tahun 1824.

 8) Majalah Forbes diasaskan pada tahun 1917 di New York oleh seorang wartawan kelahiran Scotland iaitu Bertie Charles Forbes.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...