Tuesday, 29 May 2012

Kualiti Hidup 3 (Bagaimana Mengekalkan Kualiti Hidup Kita?)

Nilai hidup manusia bergantung kepada sikap individu, sikap masyarakat, dan keadaan fizikal alam sekeliling. Dunia kita telah membangun dengan pesat, sehingga menimbulkan ketidakseimbangan di antara pemulihan dan kemusnahan. Manusia perlulah peka dengan tindakan yang diambil dan mengubah sikap supaya kualiti hidup dapat dinikmati secara maksima.


Sumber: Majalah "Era Hijau-Ke Arah Generasi Lestari", Keluaran No. 1-2011.

Kualiti Hidup 2 (Bagaimana Hendak Mengukur Kualiti Hidup?)

Pengukur-Pengukur Kualiti hidup ialah perlindungan, keselamatan, politik, kesihatan, masyarakat dan barangan perkhidmatan. Tahap pengukur tersebut akan memberi kesan ke atas kualiti alam sekitar. 


1. Pengukur kualiti hidup - Perlindungan - Ianya termasuklah perlindungan dari segi tempat tinggal dll.

2. Pengukur kualiti hidup - Keselamatan - Ianya termasuklah keselamatan dari segi kurangnya jenayah dari segenap segi.

3. Pengukur kualiti hidup - Politik - Ianya termasuklah kestabilan politik di sesebuah negara.

4. Pengukur kualiti hidup - Kesihatan - Ianya termasuklah taraf kesihatan masyarakat yang bertambah baik, kebersihan alam sekitar, kurangnya penyakit merbahaya di sesebuah masyarakat, bertambahnya jangka hayat penduduk, penemuan banyak penawar penyakit dll.

5. Pengukur kualiti hidup - Masyarakat - Ianya berkaitan dengan kehidupan masyarakat yang bersatu padu, kurangnya persengketaan dll.

6. Pengukur kualiti hidup - Barangan Perkhidmatan - Ianya termasuklah keperluan harian yang mudah didapati, tenaga pekerja yang mencukupi dan perngurusan sisa buangan yang efektif.

Sumber: Majalah "Era Hijau-Ke Arah Generasi Lestari", Keluaran No. 1-2011.     

Kualiti Hidup 1 (Apa Itu Kualiti Hidup?)

Kualiti hidup di Malaysia merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan serta taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara. Kualiti hidup yang kita nikmati bergantung kepada corak penggunaan.


Sumber: Majalah "Era Hijau-Ke Arah Generasi Lestari", Keluaran No. 1-2011. 

Tuesday, 22 May 2012

Nama ibu negeri di Amerika yang diambil bersempena nama presiden Amerika

Berikut adalah nama-nama ibu negeri di Amerika yang mana namanya diambil bersempena dengan nama presiden Amerika.

1) City of Jefferson, ibu negeri Missouri. Diambil dari nama presiden Amerika yang ketiga, Thomas Jefferson (menjadi presiden dari 1801-1809).



2) City of Lincoln, ibu negeri Nebraska. Diambil bersempena dengan nama presiden Amerika yang ke-16 iaitu Abraham Lincoln (menjadi presiden dari 1861-1865).


 3) City of Jackson, ibu negeri Mississippi. Diambil bersempena nama presiden Amerika yang ketujuh iaitu Andrew Jackson (menjadi presiden dari 1829-1837).


4) City of Madison, ibu negeri Wisconsin. Diambil bersempena dengan nama presiden Amerika yang keempat iaitu James Madison (menjadi presiden dari 1809-1817).

Nama negeri di Amerika dan kaitannya dengan individu tertentu

Di Amerika, nama untuk 10 daripada 50 negeri di sana adalah berdasarkan nama individu-individu terkenal pada suatu masa dahulu. Negeri-negeri tersebut termasuklah:

1) Washington. Berdasarkan nama presiden Amerika yang pertama iaitu George Washington.

2) Pennsylvania. Berdasarkan nama pengasas tempat tersebut iaitu William Penn, seorang yang berbangsa Inggeris. Nama Pennsylvania adalah gabungan nama keluarga (surname) beliau iaitu Penn dan perkataan Latin "sylvania" yang bermaksud "Tanah Hutan" (forest land).

3) Louisiana. Sempena nama Raja Perancis iaitu Raja Louis XIV. Seorang pengembara Perancis Rene-Robert Cavalier, telah mengembara di beberapa kawasan di Amerika mengatakan bahawa kawasan di sekitar Sungai Mississippi adalah milik Perancis. Justeru beliau menamakan tempat tersebut La Louisiane yang bermaksud Tanah Louis (Land of Louis).

4) Georgia. Bersempena nama Raja George II, raja untuk Great Britain dan Ireland. Negeri ini diasaskan oleh James Oglethorpe dan negeri ini mula diperintah sebagai salah satu koloni Inggeris semasa pemerintahan Raja George II. 

5) Maryland. Bersempena dengan nama Henrietta Maria, Permaisuri Raja Charles I dari England.

6) New York. Bersempena dengan nama Duke of York (gelaran untuk kaum bangsawan di Britain), iaitu James Stuart @ James II of England dan Ireland & James VII of Scotland.

7 & 8) North dan South Carolina. Bersempena dengan nama Raja England Charles I. Nama Charles atau dalam Latinnya "Carolus" diambil untuk nama kedua-dua negeri ini.

9 & 10) North dan South Virginia. Nama diambil bersempena dengan nama gelaran Queen Elizabeth I yang digelar "The Virgin Queen".

Saturday, 19 May 2012

Student Zaman Sekarang


No comment hahahaha....

Kenali Tubuh Anda 3

Berikut adalah sambungan kepada fakta-fakta mengenai tubuh badan kita:

1) Retina mata kita mempunyai lebih 100 juta sel yang cukup sensitif  terhadap cahaya.

2) Jika 80 % hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh yang tertentu.

3) Secara purata kita menuturkan 30 000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9000 perkataan yang ada.

4) Jika kita terkurung di dalam bilik yang kedap udara, kita akan mati kerana keracunan karbon dioksida, bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

5) Secara purata, setiap orang makan 51 kg bahan perasa setiap tahun termasuk garan dan gula.

Kenali Tubuh Anda 2

Berikut ialah sambungan untuk fakta-fakta mengenai tubuh badan kita:

1) Ketika bersin, semua organ dalam badan kita tak berfungsi termasuk jantung. (Sebab itulah sebagai orang Islam kita di ajar ucap 'Alhamdulillah' selepas bersin sebab organ badan kita masih berfungsi untuk kita terus hidup).

2) Kerosakan otak boleh berlaku jika suhu badan kita melebihi sehingga 41 darjah selsius.

3) Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi sebanyak 37 liter.

4) Apabila mulut kering, kita tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu makanan yang masin, masam, pahit, manis dan sebagainya.

5) Ketika kita sedang mengecam muka seseorang, kita sedang menggunakan otak sebelah kanan.





Kenali Tubuh Anda 1

Berikut adalah beberapa fakta-fakta mengenai tubuh badan kita yang harus kita ketahui: 

1) Lelaki lebih mudah untuk mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
Ok kaum-kaum lelaki, nampak tak nombor apa tu?

2) Manusia bernafas kira-kira 23 000 kali dalam tempoh 24 jam.

3) Apabila seseorang itu bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. 

4) Secara purata seseorang itu minum 8000 gelen air sepanjang hidupnya.

5) Manusia hanya menggunakan 10% otaknya sahaja untuk berfikir.

Tuesday, 15 May 2012

Tunnel of Love


Terowong indah yang dilitupi oleh pokok-pokok ini terletak di Kleven, Ukraine dan ianya dipanggil "Tunnel of Love" 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...