Di Amerika, nama untuk 10 daripada 50 negeri di sana adalah berdasarkan nama individu-individu terkenal pada suatu masa dahulu. Negeri-negeri tersebut termasuklah:
1) Washington. Berdasarkan nama presiden Amerika yang pertama iaitu George Washington.
2) Pennsylvania. Berdasarkan nama pengasas tempat tersebut iaitu William Penn, seorang yang berbangsa Inggeris. Nama Pennsylvania adalah gabungan nama keluarga (surname) beliau iaitu Penn dan perkataan Latin "sylvania" yang bermaksud "Tanah Hutan" (forest land).
3) Louisiana. Sempena nama Raja Perancis iaitu Raja Louis XIV. Seorang pengembara Perancis Rene-Robert Cavalier, telah mengembara di beberapa kawasan di Amerika mengatakan bahawa kawasan di sekitar Sungai Mississippi adalah milik Perancis. Justeru beliau menamakan tempat tersebut La Louisiane yang bermaksud Tanah Louis (Land of Louis).
4) Georgia. Bersempena nama Raja George II, raja untuk Great Britain dan Ireland. Negeri ini diasaskan oleh James Oglethorpe dan negeri ini mula diperintah sebagai salah satu koloni Inggeris semasa pemerintahan Raja George II.
5) Maryland. Bersempena dengan nama Henrietta Maria, Permaisuri Raja Charles I dari England.
6) New York. Bersempena dengan nama Duke of York (gelaran untuk kaum bangsawan di Britain), iaitu James Stuart @ James II of England dan Ireland & James VII of Scotland.
7 & 8) North dan South Carolina. Bersempena dengan nama Raja England Charles I. Nama Charles atau dalam Latinnya "Carolus" diambil untuk nama kedua-dua negeri ini.
9 & 10) North dan South Virginia. Nama diambil bersempena dengan nama gelaran Queen Elizabeth I yang digelar "The Virgin Queen".
No comments:
Post a Comment