Monday, 25 June 2012

Fakta mengenai bahasa 3

1) Kebanyakan bahasa Eropah menggunakan abjad Latin. Beberapa bahasa Slavic menggunakan abjad Cyrillic. Manakala Greek, Armenia, Georgia dan Yiddish mempunyai abjad mereka sendiri.

2) Bahasa-bahasa bukan Eropah yang paling banyak digunakan di wilayah Eropah ialah Arab, Cina dan Hindi, di mana masing-masing menggunakan sistem tulisan sendiri.

3) Russia (mempunyai 148 juta penduduk) mempunyai setakat ini bilangan tertinggi bahasa yang dituturkan di setiap wilayah.

4) Disebabkan kebanjiran pendatang dan pelarian, negara-negara Eropah telah menjadi multilingual (mungkin hal ini juga terjadi di Malaysia sekarang). Di London sahaja, beberapa bahasa bukan Eropah dipertuturkan seperti Bahasa Arab, Turki, Kurdis, Berber, Hindi, Punjabi, dll.

Fakta mengenai bahasa 2

1)  Bahasa-bahasa di dunia mempunyai hubungan antara satu sama lain dan mempengaruhi antara satu sama lain dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, banyak perkataan Bahasa Inggeris dipinjam dari perkataan dan ungkapan dari bahasa-bahasa kuno. Selain itu, dalam bahasa-bahasa Eropah juga banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris.

2) Bahasa berkait antara satu sama lain seperti juga ahli keluarga. Kebanyakan bahasa Eropah tergolong dalam keluarga Indo-Eropah yang besar.

3) Kebanyakan Bahasa Eropah tergolong kepada tiga kumpulan umum: Jermanik, Roman dan Slavik.

4) Keluarga bahasa-bahasa Jermanik termasuklah Denmark, Norway, Sweden, Iceland, Jerman, Belanda, Inggeris dan Yiddish.

5) Keluarga bahasa-bahasa Roman termasuk Itali, Perancis, Sepanyol, Portugis dan Romania.

6) Keluarga bahasa-bahasa Slavik termasuklah Rusia, Ukraine, Belarus, Poland, Czech, Slovak, Slovenia, Serbia, Croatia, Macedonia dan Bulgaria.

Fakta mengenai Bahasa 1

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai bahasa:

1) Terdapat antara 6000 dan 7000 bahasa di dunia, ia dituturkan oleh enam bilion orang yang terbahagi kepada 189 negara yang merdeka.

2) Terdapat kira-kira 225 bahasa-bahasa asli di Eropah, ianya adalah kira-kira 3% daripada jumlah bahasa yang terdapat di dunia.

3) Kebanyakan bahasa di dunia dituturkan di Asia dan Afrika.

4) Sekurang-kurangnya separuh daripada penduduk dunia adalah dwibahasa atau plurilingual, iaitu mereka boleh bercakap dua atau lebih bahasa.

5) Dalam kehidupan seharian orang Eropah, mereka semakin berminat untuk mempelajari bahasa asing kerana keperluan untuk menjana kepentingan yang lebih besar dari segi materialistik terutamanya perniagaan.

6) Kebanyakan bahasa mempunyai 50,000 perkataan atau lebih, tetapi individu biasanya mengetahui dan menggunakan hanya sebahagian kecil daripada jumlah perkataan dalam bahasa yang digunakan. 

Tuesday, 12 June 2012

Fakta menarik 6

1) Pemilik pertama syarikat Marlboro mati akibat kanser paru-paru, iaitu Philip Morris.

2) Dalam setahun, Michael Jordan meraih pendapatan yang lebih tinggi melalui jenama Nike berbanding pendapatan tahunan untuk kesemua pekerja-pekerja kilang Nike di Malaysia.

3) Walt Disney sebenarnya takut dengan tikus.

4) Mutiara akan cair sedikit jika diletakkan di dalam cuka.

5) 3 antara jenama yang paling bernilai di dunia ialah Marlboro, Coca-Cola dan Budweiser.







Fakta menarik 5

1) Gula-gula getah Wrigley adalah produk pertama yang mempunyai kod bar.

2) Dalam kebanyakan jenis-jenis daun terup, daun King yang bersimbol hati (heart/love) biasanya tidak mempunyai misai.

3) Pada tahun 1987, American Airlines telah berjaya menjimatkan kos sebanyak USD 40 000 dengan hanya tidak menggunakan minyak zaitun di setiap hidangan salad untuk penumpang kabin kelas pertamanya.

4) Planet Zuhrah adalah satu-satunya planet yang berputar melawan pusingan jam.

5) Epal adalah hadaman paling sesuai untuk sarapan di waktu pagi berbanding kafein.

Fakta menarik 4

1) Cecair di dalam kelapa muda boleh dijadikan sebagai pengganti kepada plasma darah.

2) Doktor gigi menyarankan supaya berus gigi diletakkan jauh 6 kaki dari tandas. Ini untuk mengelakkan berus gigi terkena zarah bawaan udara yang terhasil dari proses pengepaman (flush) selepas menggunakan tandas.

3) Sekeping kertas hanya boleh dilipat sebanyak 7 kali untuk menjadi 2 bahagian.

4) Kematian manusia akibat dibunuh oleh keldai adalah lebih ramai berbanding kematian manusia akibat kecelakaan kapal terbang.

5) Kalori lebih banyak hilang ketika tidur berbanding ketika menonton televisyen.

Fakta menarik 3

1) Mentadak jantan tidak boleh mengawan ketika masih mempunyai kepala. Mentadak betina akan memulakan proses mengawan dengan memutuskan kepala mentadak jantan.

2) Singa mengawan lebih dari 50 kali sehari.

3) Rama-rama merasai sesuatu dengan menggunakan kakinya.

4) Mata burung unta lebih besar dari otaknya.

5) Tapak Sulaiman tidak mempunyai otak.
 

Fakta menarik 2

1) Semut boleh mengangkat 50 kali beratnya sendiri, boleh menarik 30 kali berat badan sendiri dan sentiasa jatuh di sebelah kanan apabila mabuk.

2) Beruang kutub bertangan kidal.

3) Ikan keli mempunyai lebih 27,000 tunas rasa.

4) Kutu boleh melompat 350 kali dari saiz panjang badannya. Di ibaratkan seperti manusia melompat sejauh padang bola sepak.

5) Jika kepala lipas putus, ia masih boleh hidup selama 9 hari lagi sebelum mati kerana kelaparan.

Fakta menarik 1

Berikut ialah fakta-fakta menarik yang dapat kita kongsikan bersama

1) Menjerit berterusan selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari akan menghasilkan tenaga bunyi yang cukup kuat untuk memanaskan secawan kopi.

2) Tempoh orgasme untuk seekor khinzir adalah selama lebih kurang 30 minit.

3) Menghantukkan kepala ke dinding menggunakan lebih kurang 150 kalori.

4) Otot yang paling kuat di dalam badan manusia ialah lidah.

5) Secara puratanya, orang tangan kanan hidup lebih lama 9 tahun berbanding orang tangan kidal.

Friday, 1 June 2012

Kualiti Hidup 4 (Adakah kualiti Hidup Kita Terjejas?)

Berikut adalah sedikit fakta mengenai keadaan dunia kita (Laporan "World Revolution", 2011).

1) Penutupan hutan.
Separuh daripada hutan yang menutup 46% permukaan bumi telah tiada. Hanya 1/5 daripada keseluruhan hutan masih kekal dalam keadaan asalnya.

2) Spesis pupus dan terancam.
Kesemua spesis akan mengalami kepupusan sebanyak 10-20% dalam masa 20-50 tahun akan datang. Ini akan melibatkan:
- 34 000 spesis tumbuhan.
- 5 200 spesis haiwan.
 - 1/8 daripada spesis burung.
- 1/4 daripada spesis mamalia.

3) Hidupan marin.
60% daripada terumbu karang (1/4 daripada spesis marin) akan hilang dalam tempoh 20-40 tahun. Ratusan ribu penyu dan mamalia marin akan mati akibat amalan menangkap ikan yang tidak bertanggungjawab.

4) Ikan air tawar.
20% daripada 10 000 spesis ikan air tawar di dunia telah terancam dan mengalami kepupusan. 60% stok ikan terancam akibat penangkapan berlebihan.

5) Kawasan gurun.
25% daripada permukaan bumi telah menjadi kawasan gurun kerana pemusnahan tanah. 250 juta manusia telah diancam oleh kawasan gurun.

6) Bencana alam.
Kenaikan suhu bumi sebanyak 3 darjah selsius akan memberi kesan negatif ke atas alam sekitar dan manusia seperti kerosakan ekosistem, banjir, penempatan semula manusia peningkatan kemusnahan alam.

Sumber: Majalah "Era Hijau-Ke Arah Generasi Lestari", Keluaran No. 1-2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...