Monday, 25 June 2012

Fakta mengenai bahasa 2

1)  Bahasa-bahasa di dunia mempunyai hubungan antara satu sama lain dan mempengaruhi antara satu sama lain dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, banyak perkataan Bahasa Inggeris dipinjam dari perkataan dan ungkapan dari bahasa-bahasa kuno. Selain itu, dalam bahasa-bahasa Eropah juga banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris.

2) Bahasa berkait antara satu sama lain seperti juga ahli keluarga. Kebanyakan bahasa Eropah tergolong dalam keluarga Indo-Eropah yang besar.

3) Kebanyakan Bahasa Eropah tergolong kepada tiga kumpulan umum: Jermanik, Roman dan Slavik.

4) Keluarga bahasa-bahasa Jermanik termasuklah Denmark, Norway, Sweden, Iceland, Jerman, Belanda, Inggeris dan Yiddish.

5) Keluarga bahasa-bahasa Roman termasuk Itali, Perancis, Sepanyol, Portugis dan Romania.

6) Keluarga bahasa-bahasa Slavik termasuklah Rusia, Ukraine, Belarus, Poland, Czech, Slovak, Slovenia, Serbia, Croatia, Macedonia dan Bulgaria.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...