Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai bahasa:
1) Terdapat antara 6000 dan 7000 bahasa di dunia, ia dituturkan oleh enam bilion orang yang terbahagi kepada 189 negara yang merdeka.
2) Terdapat kira-kira 225 bahasa-bahasa asli di Eropah, ianya adalah kira-kira 3% daripada jumlah bahasa yang terdapat di dunia.
3) Kebanyakan bahasa di dunia dituturkan di Asia dan Afrika.
4) Sekurang-kurangnya separuh daripada penduduk dunia adalah dwibahasa atau plurilingual, iaitu mereka boleh bercakap dua atau lebih bahasa.
5) Dalam kehidupan seharian orang Eropah, mereka semakin berminat untuk mempelajari bahasa asing kerana keperluan untuk menjana kepentingan yang lebih besar dari segi materialistik terutamanya perniagaan.
6) Kebanyakan bahasa mempunyai 50,000 perkataan atau lebih, tetapi individu biasanya mengetahui dan menggunakan hanya sebahagian kecil daripada jumlah perkataan dalam bahasa yang digunakan.
No comments:
Post a Comment