Wednesday, 25 July 2012

Witty conversations of today

Here are some of the witty conversations collection, so have a read and enjoy....







Source: www.funtoosh.com

Saturday, 21 July 2012

Fakta menarik mengenai Scotland

Berikut ialah fakta-fakta menarik mengenai Scotland

1) Skara Brae di Pulau Orkney ialah antara binaan Zaman Neolitik tertua di Eropah dan binaan yang paling tua di Britain. Binaan tersebut dikatakan wujud sejak 3100 sebelum masihi.


2) Pelabuhan kapal Aberdeen ialah pusat perniagaan terawal di Britain, dikatakan bermula sekitar 1136.

3) University St. Andrews yang mula beroperasi sejak 1413 ialah universiti tertua di Scotland dan ketiga tertua di Britain selepas Universiti Oxford dan Cambridge. University St. Andrews juga adalah universiti pertama di Britain yang menerima pelajar wanita pada tahun 1862.
   
 4) The Shore Porters Society yang diasaskan di Aberdeen pada tahun 1498 ialah syarikat kenderaan paling tua di dunia.

5) Bank of Scotland diasaskan pada tahun 1695 ialah bank yang paling berjaya bertahan (survive) di Britain. Ia juga adalah bank pertama di Eropah yang mencetak duit kertasnya sendiri dan masih mencetaknya lagi sehingga hari ini.

6) The Encyclopaedia Britannica ialah ensiklopedia yang tertua di dunia yang bertahan (survive) dan satu-satunya ensiklopedia yang paling berilmiah. Ianya telah diterbitkan pada 1768 dan 1771 di Edinburgh. 9 edisi terawal telah disunting di Scotland dan edisi seterusnya yang diterbitkan selepas 1901 telah disunting secara bersama-sama di London dan New York.

7) Edinburgh ialah satu-satunya bandar di dunia yang paling awal mempunyai pasukan bombanya sendiri, iaitu pada tahun 1824.

 8) Majalah Forbes diasaskan pada tahun 1917 di New York oleh seorang wartawan kelahiran Scotland iaitu Bertie Charles Forbes.

Friday, 20 July 2012

Fakta menarik mengenai Wales

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai Wales.

1) Nama Gunung Everest diambil sempena nama seorang ahli geografi dari Wales, Sir George Everest.  

2) Kini, hanya 21% dari populasi Wales boleh berbahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Cymraeg.

3) Dari segi keluasan kaki persegi istana-istana di Wales, dipercayai istana-istana di Wales adalah yang paling luas jika dibandingkan dengan negara lain.

4) Sir Pryce Pryce-Jones yang berasal dari Newtown, Montgomeryshire, Wales adalah usahawan yang pertama memulakan perniagaan pesanan barang melalui pos (mail order).

5) Robert Recorde, seorang ahli fizik dan matematik dari Wales telah mencipta simbol sama dengan (=).

6) Huruf-huruf K, Q, V dan Z tidak wujud dalam senarai abjad Wales.

7) Kebanyakan patung-patung yang terdapat disekeliling Istana Cardiff adalah haiwan.

8) "Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwyll-llantysiliogogogoch" adalah nama sebuah pekan yang terletak di utara Wales yang membawa maksud "The church of St. Mary in the hollow of white hazel trees near the rapid whirlpool by St. Tysilio’s of the red cave". Ia adalah nama tempat laing panjang di dunia.

9) Stadium Millennium di Cardiff mempunyai bumbung boleh tutup yang terbesar di dunia.

10) Wales ialah tempat asal King Arthur, sebuah cerita rakyat (folklore) yang popular.

11) Motto negara Wales "Cymru Am Byth" bermaksud "Wales Forever" (Wales Selamanya).

12) Lagu kebangsaan Wales "Hen Wlad Fy Nhadau" bermaksud "Land Of My Fathers" (Tanah Airku).

13) Wales ialah sebahagian dari United Kingdoms yang tidak mempunyai lambang di bendera Union Jack.

14) Populasi Wales hanya sekadar lebih kurang 3 juta orang.
15) Jumlah kambing biri-biri di Wales adalah 4 kali lebih banyak dari penduduknya.

16) Antara individu popular yang berasal dari Wales termasuklah Richard Burton, Sir Anthony Hopkins, Tom Jones, Catherine Zeta-Jones, Shirley Bassey, Timothy Dalton dan Charlotte Church.
Catherine Zeta-Jones

Charlotte Church

Timothy Dalton

Fakta menarik mengenai England

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai England

1) Daging lembu adalah antara sumber eksport terbesar England.

2) Polis di England tidak membawa pistol, kecuali semasa kecemasan.

3) Khazanah lama yang terdapat di dalam Muzium British berusia lebih kurang 2000 tahun.

4) Orang Inggeris minum teh lebih banyak jika dibandingkan dengan orang dari bangsa lain.

5) London ialah pusat kewangan terbesar dunia.

6) Windsor Castle ialah istana kediaman terbesar dan paling lama di dunia, ia masih lagi digunakan.

 7) Bahasa Perancis ialah bahasa rasmi di England dari 1066 hingga 1362.

Tuesday, 3 July 2012

Fakta menarik mengenai komputer 4

1) Hewlett-Packard telah memulakan operasinya pada tahun 1939 di dalam sebuah garaj di Palo Alto, California.

2) Sehingga tahun 2012, terdapat kira-kira lebih dari 17 ribu peranti-peranti (devices) disambungkan ke internet.

3) 1 dari 8 pasangan yang berkahwin di Amerika bertemu secara atas talian (online).

4) Terdapat sekurang-kurangnya 1.06 billion akaun pesanan segera (instant messaging) di seluruh dunia.

Fakta menarik mengenai komputer 3

1) Myspace melaporkan mereka mempunyai lebih dari 110 juta pengguna yang berdaftar. Jika kesemua pengguna berdaftar ini diletakkan di dalam sebuah negara, ia akan menjadi negara yang kesepuluh paling ramai di dunia di belakang Mexico.

2) Nama domain untuk www.youtube.com telah didaftarkan pada 14 Februari 2005.

3) Banyak pendapat mengatakan bahawa papan kekunci jenis Dvorak adalah lebih efisyen dan 20 kali lebih pantas dari papan kekunci jenis Qwerty.

4) Kini pekerjaan sebagai pengaturcara komputer (computer programmer) adalah antara jenis pekerjaan yang paling cepat berkembang.

5) Sepanduk iklan (banner advertising) pertama kali digunakan pada tahun 1994.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...