Friday, 20 July 2012

Fakta menarik mengenai Wales

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai Wales.

1) Nama Gunung Everest diambil sempena nama seorang ahli geografi dari Wales, Sir George Everest.  

2) Kini, hanya 21% dari populasi Wales boleh berbahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Cymraeg.

3) Dari segi keluasan kaki persegi istana-istana di Wales, dipercayai istana-istana di Wales adalah yang paling luas jika dibandingkan dengan negara lain.

4) Sir Pryce Pryce-Jones yang berasal dari Newtown, Montgomeryshire, Wales adalah usahawan yang pertama memulakan perniagaan pesanan barang melalui pos (mail order).

5) Robert Recorde, seorang ahli fizik dan matematik dari Wales telah mencipta simbol sama dengan (=).

6) Huruf-huruf K, Q, V dan Z tidak wujud dalam senarai abjad Wales.

7) Kebanyakan patung-patung yang terdapat disekeliling Istana Cardiff adalah haiwan.

8) "Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwyll-llantysiliogogogoch" adalah nama sebuah pekan yang terletak di utara Wales yang membawa maksud "The church of St. Mary in the hollow of white hazel trees near the rapid whirlpool by St. Tysilio’s of the red cave". Ia adalah nama tempat laing panjang di dunia.

9) Stadium Millennium di Cardiff mempunyai bumbung boleh tutup yang terbesar di dunia.

10) Wales ialah tempat asal King Arthur, sebuah cerita rakyat (folklore) yang popular.

11) Motto negara Wales "Cymru Am Byth" bermaksud "Wales Forever" (Wales Selamanya).

12) Lagu kebangsaan Wales "Hen Wlad Fy Nhadau" bermaksud "Land Of My Fathers" (Tanah Airku).

13) Wales ialah sebahagian dari United Kingdoms yang tidak mempunyai lambang di bendera Union Jack.

14) Populasi Wales hanya sekadar lebih kurang 3 juta orang.
15) Jumlah kambing biri-biri di Wales adalah 4 kali lebih banyak dari penduduknya.

16) Antara individu popular yang berasal dari Wales termasuklah Richard Burton, Sir Anthony Hopkins, Tom Jones, Catherine Zeta-Jones, Shirley Bassey, Timothy Dalton dan Charlotte Church.
Catherine Zeta-Jones

Charlotte Church

Timothy Dalton

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...